Friday, 17 June 2011

Cabaran Dakwah & kepimpinan Pada Generasi Kini



PENENTANGAN BARAT KE ATAS ISLAM

Tentangan Barat terhadap Islam telah lama wujud, semenjak zaman awal pemerintahan
Islam lagi. Empayar Islam seperti Abbasiyah dan Uthmaniah, dapat meluaskan kekuasaan Islam hingga hampir meliputi dua pertiga Eropah. Empayar Bayar yang kuat seperti empayar Rom gagal menyekat keagungan kekuasaan Islam. Kekuasaan Islam mulai merosot akibat perpecahan yang berlaku sesama umat islam sendiri, pada zaman pemerintahan Uthmaniah di Turki. Melihat keadaan ini golongan Kristian Barat mula melancarkan gerakan menentang kekuasaan Islam dengan melancarkan Perang Salib.


KESAN-KESAN GERAKAN KRISTIAN TERHADAP AGAMA ISLAM

Perang Salib

Dilancarkan pada 1097-1292
Sepanjang tujuh siri berlangsung, memakan masa selama 195 tahun, Barat hanya
mampu tunjukkan taringnya pada peringkat permulaan sahaja.
Kemenangan seterusnya menjadi milik Islam tetapi Yahudi mula mempelajari bahasa
Arab dan mengkaji pemikiran Islam dalam usaha mencari kelemahan umat Islam.

Punca

Perbezaan Ideologi dan fahaman agama
Penguasaan tempat-tempat suci
Peranan gereja dan Pope
Penyatuan orang kristian
Faktor ekonomi


KESAN-KESAN PERANG SALIB


Kesan ke atas bidang ilmu dan kebudayaan

Ilmu pengetahuan daripada Greek-Roman yang di tulis dalam Bahasa Arab disalin kembali ke dalam bahasa-bahasa eropah. Mengharamkan pengajian bercorak Islam Penjajah barat mengangkut balik segala buku-buku ilmu pengetahuan Islam dari negara-negara yang mereka jajah ke negara Eropah. Banyak buku geografi dikarang bagi menunjukkan jalan ke negaranegara Islam yang menjadi sasaran mereka.

Kesan ke atas bidang ekonomi

Peluang mereka terbuka luas bagi menjalankan aktiviti perdangan sehinggakan segala keperluan Eropah diperolehi di sana. Kegiatan pembinaan kapal juga semakin berkembang pesat di Barat. Pelbagai jenis tanaman diperkenalkan di Eropah

Kesan ke atas politik

Membuka mata Eropah menjelajah dan menjajah negeri-negeri Timur yang kaya dengan hasil bumi. Menjajah kawasan-kawasan Timur demi mengaut keuntungan Ekonomi.

Kesan ke atas bidang agama

Meruntuhkan kekuasaan yang selama ini dipegang oleh pihak Gereja. Mengasaskan bibit-bibit orientalisme kerana sejak detik itu para paderi mula mempelajari bahasa Arab dan pemikiran Islam




PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN KOLONIALISME BARAT


SIFAT PERTEMBUNGAN

Berlaku dalam beberapa aspek perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan
pendidikan. Kemuncaknya, apabila hubungan islam dengan dunia Eropah semakin hampir dengan jatuhnya wilayah-wilayah di Afrika Utara ke tangan kuasa Islam. Permulaannya berlaku secara harmoni dalam aspek kebudayaan dan intelektual. Klimaksnya kepada pertembungan tersebut dengan siri-siri peperangan yang dikenali sebagai Perang Salib.
Kuasa Barat meletakkan 3 asas utama dalam menyusun strategi penjajahan mereka ke atas negara-negara Islam iaitu: God, Gospel and Glory iaitu penguasaan politik, mengumpul hasil kekayaan dan mengembangkan agama kristian. Hal ini bertentangan dengan tujuan perluasan dalam islam iaitu menegakkan keadilan kepada semua, menyebarkan islam, menyebarkan ilmu pengetahuan dan melaksanakan syariat Allah di muka Bumi.


CABARAN KOLONIALISME

       Melebarkan pengaruh ke Asia Tenggara terus berlaku, ekoran berlakunya Revolusi Perindustrian sekitar abad ke 18 Masihi yang menuntut bekalan bahan mentah.

       Cuba mencampuri urusan ekonomi, politik dan urusan sosial negara-negara khususnya Islam

      Sejak kebelakangan ini gaya dan corak kolonialisme berubah mengikut keadaan semasa.

       Penjajahan Rusia-semua rakyat khususnya umat Islam menerima tekanan dan siksaan fizikal yang dahsyat.

      Pembersihan etnik turut dilakukan serta transmigrasi dilakukan dengan menghalau umat Islam sehingga umat Islam menjadi minoriti di negara sendiri.

     Di Asia Tengah, penjajah sengaja mewujudkan kawasan-kawasan yang didominasi mengikut kaum-kaum tertentu mengikut bangsa dan suku.



KEGIATAN MUBALIGH DAN POLISI PENJAJAH

1.       Bersaing untuk menjalankan seruan misionari di negara-negara umat Islam.

2.       Di Indonesia, dijalankan oleh paderi kristian mendapat kebenaran daripada Belanda


3.       Indonesia dikenakan tekanan sekiranya mahu mengerjakan haji.

4.       Perlindungan dan bantuan diberikan kepada kegiatan misionari   sedangkan pendakwah Islam dihalang.

5.       Sekolah misionari diberi bantuan.

6.       Memberi ganjaran kepada pendeta kristian.



       CABARAN DUNIA ISLAM DAN ORDE BARU DUNIA ISLAM


Kepimpinan Negara-negara yang menjadi superpower terus memperlekeh dan
memperkotak-katikkan pemimpin negara-negara Islam khususnya yang sedang dilanda masalah. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan para pemimpin negara umat Islam masih belum sedar dan tidak tahu matlamat sebenar tanggungjawab mereka sebagai pemimpin umat Islam. Situasi ini berlaku ke atas umat Islam kini ada kaitannya dengan beberapa faktor antaranya:

a) Ketandusan pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi meggerakkan
kekuatan sumber ekonomi yang berada di tangan umat Islam.

b) Kadar buta huruf yang masih tinggi di kalangan umat Islam di negara-negara
umat Islam seperti Pakistan, Sudan, Iraq, Mesir, Somalia dan Iran

c) Kurangnya kerjasama khususnya dalam bidang ekonomi, pertahanan,
kebudayaan dan seumpamanya di antara negara-negara umat Islam.

d) Peranan yang tidak begitu menonjol oleh badan-badan Islam seperti OIC dan
Sebagainya.



       ORDE BARU DUNIA ISLAM DAN KESINAMBUNGAN PERJUANGAN UMATNYA

Sarjana-sarjana Barat menyatakan umat Islam mempunyai potensi besar bagi mewarnai
masa depan peradaban dunia. Ini diakui oleh Bernard Shaw yang mengatakan
‘The Future religion of the learned, culture and enlightened people will be Islam’ Manakala Arnold Toynbee berkata Islam adalah ‘The Future Move of The World’ Justeru bagi merealisasikannya, umat Islam perlu membina semula kecemerlangan
yang dilengkapkan Barat yang menjadi musuh Islam.



KESIMPULAN

Kesimpulannya, Ternyata masyarakat Islam menguasai pelbagai jenis Ilmu pengetahuan termasuklah Ilmu Fardu Ain dan Ilmu Fardu Kifayah. Islam berjaya melahirkan tokoh Ilmuan terkemuka di dunia termasuklah Ibnu Sina, al-Farabi, al-Khawarizmi, Jabir ibni Hayyan, al-Jahiz, al-Haitham, ibnu al-Baitar dan ramai lagi. Kebimbangan pada pengaruh Islam ternyata mempunyai aspek realitinya di dalam sejarah kerana wujud konflik dalam bentuk ketenteraan dan ideologi, yang menjadi corak penghubung antara dunia kristian dan Islam. Alasan yang sangat kuat mengapa muslim menjadi sasaran adalah kerana Islam satu-satunya peradaban yang menimbulkan ancaman kepada dominasi intelektual dan politik Barat. Jika dahulunya orang-orang Islam bersikap toleransi kepada bukan Islam, khasnya Kristian, tetapi semuanya sudah tidak wujud lagi selepas Perang Salib akibat kekejaman dan keganasan kaum Salib sendiri.


CABARAN-CABARAN UNTUK MENGHALANG GERAKAN KRISTIAN

Untuk merealisasikan usaha tersebut, dunia Islam perlu menghadapi beberapa cabaran
iaitu:

i.        Menangani perubahan-perubahan dunia yang sedang pasti berlaku pada masa ini

ii.      Menyelasaikan masalah perpaduan dan kerjasama di antara negara-negara umat Islam       supaya mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas umat
Islam seperti Peristiwa Perang Teluk.

iii.    Membina dan membaiki semua imej Islam yang tercalar kesan daripada langkah-       langkah musuh Islam yang melabelkan dunia Islam dengan radikal, militant, fundamentalisme, dan sebagainya yang bersifat negatif.

iv.     Umat Islam perlu menghidupkan budaya ‘Iqra’ melalui wahyu pertama yang
diturunkan oleh Allah.

v.       Cabaran seterusnya adalah dalam bidang perekonomian yang meliputi aspek
kemiskinan, kedudukan hutang luar negara, kegiatan bagi mencambahkan
ekonomi negara dan menyelesaikan masalah kemunduran negara-negara umat
Islam.

vi.     Aspek budaya dan cara hidup juga menjadi cabaran kepada dunia Islam.


Cabaran terakhir adalah penawaran model tamadun Islam di zaman moden.



PENUTUP


Akhir kata, adalah menjadi harapan kita akan berlaku kebangkitan Islam pada zaman moden ini. Untuk itu semua pihak perlu bekerja keras membawa umat Islam keluar dari belenggu kemiskinan, kekacauan, perpecahan, kemalasan, kemunduran dan sebagainya kepada hidup yang lebih positif. (Yusuf al-Qardhawi 1999:251)


     \* MERGEFORMAT
 Ini bertepatan dengan maksud ayat al- Quran Surah al-Ra’d ayat 11 yang membawa maksud:

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah[a]. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan[b] yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."

[a]  bagi tiap-tiap manusia ada beberapa malaikat yang tetap menjaganya secara bergiliran dan ada pula beberapa malaikat yang mencatat amalan-amalannya. dan yang dikehendaki dalam ayat Ini ialah malaikat yang menjaga secara bergiliran itu, disebut malaikat Hafazhah.

[b]  Tuhan tidak akan mengubah keadaan mereka, selama mereka tidak mengobah sebab-sebab kemunduran mereka.






RUJUKAN


Bob O`Gorman and Mary Faulker (1999) alpha book. Macmillan USA. IN 46290

Daniel, Ho (1996). "Malaysia". In Saphir P., Athyal. Church in Asia Today: Challenges and Opportunities. Asia Lausanne Committee for World Evangelization. pp. 266–298.

Gazali Basri, Edisi Kedua 2004. Gerakan Kristian. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

General Report of the Population and Housing Census 2000. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia. 2005. ISBN 9839044265.  


Hunt, Robert; Lee Kam Hing, John Roxborogh (1992). Christianity in Malaysia - A Denominational History. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications. ISBN 9789679784077.

Malay converts to Christianity "cannot renounce Islam"". AsiaNews (AsiaNews C.F.). 2005-09-11. http://www.asianews.it/view.php?l=en&art=4157. Retrieved 2008-07-26.

M. Kamal Hassan & Ghazali Bin Basri, ed (2005). "Christianity". Encyclopedia of Malaysia. 10 (1st edition ed.). Kuala Lumpur: Editions Didier Millet. http://www.encyclopedia.com.my/volume10/history.html. Retrieved 2008-07-26.




No comments:

Post a Comment