Friday, 17 June 2011

Al-Quran Pedoman Ke Syurga


CIRI-CIRI PEMBANGUNAN
MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


            DEFINISI PEMBANGUNAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

v   SYED NAQUIB AL-ATTAS- keadaan kehidupan insan yang mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya

v   AL-SYIRAZI- perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kekebatan,
kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjerus
kepada perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri
dan pembangunan ekonomi.

v   ABU BAKAR HAMZAH- sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama
denagn kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir
daripadanya sama ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun
yang berupa sekala material.

v   TEUKU ISKANDAR- keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau
didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran
yakni sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.


            SUMBER-SUMBER PEMBANGUNAN ISLAM

SUMBER KHUSUS

a) al-Quran
b) al-Hadis


            SUMBER AM

a) ijmak
b) qiyas
c) istislah
d) istihsan

            AKIDAH

Menurut Syed Qutb, Islam adalah tamadun. Ia dimanifestasikan daripada unsur-unsur ketauhidan kepada ALLAH SWT kerana nilai tauhid tersebut merupakan asas utama dalam pembinaan tamadun dan ia memberi impak yang menyeluruh kepada kehidupan insaniah

            PENGHAYATAN ILMU

Dalam Islam, ilmu itu diklasifikasikan kepada dua
bahagian iaitu:

a) ilmu naqli- keagamaan
b) ilmu aqli- keduniaan


            AL-QURAN SUMBER UTAMA PEMBANGUNAN
MENGIKUT ACUAN ISLAM

a.         DEFINISI AL-QURAN


Al-Quran daripada sudut bahasa bermaksud ‘bacaan’ dan perkataan al-Quran
berasal daripada perkataan arab ‘al-qira’ah’. Manakala daripada sudut istilah al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah SWT yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan perantaraan malaikat jibrail, ditulis dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan menjadi ibadat bagi sesiapa yang membacanya. Secara umumnya ayat-ayat al-Quran boleh dipecahkan kepada pembahagian
berikut:

a) 1000 ayat berkaitan perintah
b) 1000 ayat berkaitan balasan baik
c) 1000 ayat berkaitan balasan buruk
d) 1000 ayat berkaitan cerita dan kisah umat-umat terdahulu
e) 1000 ayat berkaitan pengajaran dan perumpamaan
f) 500 ayat berkaitan hukum halal dan haram
g) 100 ayat berkaitan doa
h) 66 ayat berkaitan ayat-ayat yang menaskhkan dan yang dimansuhkan


b.         NAMA-NAMA DAN SIFAT AL-QURAN

ALKITAB- bermaksud sesuatu yang termaktub dan tertulis. Jesturu itu ia
menggunakan al-kitab (Al-Quran) adalah wahyu Allah SWT yang tertulis dan
terkumpul.

AL-FURQAN- bermaksud pembeza iaitu akndungan Al-Quran menjelaskan
kepada manusia antara kebenaran dan kebatilan,

AL-ZIKR- perkataan al-zikr bermaksud peringatan kerana al-Quran yang
diturunkan kepada manusia merupakan peringatan serta panduan hidup mereka
didunia dan akhirat

AL-TANZIL- perkataan al-tanzil bermaksud penurunan iaitu al-Quran adalah
kitab yang diturunkan oleh Allah SWT.

AL-MUSHAF- perkataan al-mushaf membaea maksud helaian kerana al-Quran
dihimpun dan ditulis dalam bentuk helaian


c.         SIFAT-SIFAT AL-QURAN

  • Al-nur atau cahaya
  • Al-huda
  • Al-busyra
  • Mau’izah
  • Syifa


d.         AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT

Mukjizat merupakan perkataan arab yang berasal daripada ‘ajaza yang
bermaksud lemah

Secara literal mukjizat membawa maksud ‘yang melemahkan’

Al-Quran adalah kalam ALLAH SWT yang melemahkan musuh yang
menetangnya. Ini kerana Al-Quran mengandungi pelbagai kehebatan yang boleh
dilihat sama ada daripada segi bahasa, isi kandungan, ilmu dan sebagainya.

Al-Quran diturunkan oleh ALLAH SWT keapa nabi Muhammad SAW dalam
bentuk wahyu melalui perantaraan malaikat Jibrail

Ketika menerima wahyu nabi Muhammad SAW mengalami pelbagai pengalaman
antaranya:

a) malaikat memasukkan wahyu itu kedalam hati Rasulullah SAW.
b) Malaikat menampakkan dirinya sebagai seorang lelaki yang
mengucapkan kata-kata kepadanya sehinggalah baginda mengetahui
dan menghafalnya.
c) Wahyu datang kepada baginda seperti bunyi gemerincing loceng
d) Malaikat menjelmakan dirinya dengan rupanya yang asal


e.         SEJARAH TURUNNYA AL-QURAN

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 23 hari atau
23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Mengikut pendapat ulamak, Al-Quran mula diturunkan pada 17 ramadhan bersamaan 6
ogos tahun 610 masihi di gua Hira’ pada ketika usia nabi Muhammad 40 tahun

Para ulamak bersependapat menyatakan wahyu atau ayat pertama yang diturunkan
kepada nabi Muhammad ialah ayat lima daripada surah al-‘alaq. Ayat 1-5.


f.          HIKMAH AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR

Supaya ia lebih mudah difahami dan dilaksanakan.

Di antara ayat-ayat Al-Quran yang nasikh dan yang mansukh iaitu sesuai
dengan kemaslahatan

Penurunan sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi

Memudahkan proses penghafalan

Sesetengah ayat adalah jawapan


g.         AYAT-AYAT MAKIYYAH DAN MADANIYYAH

Al-Quran dibahagikan kepada 2 fasa iaitu:

a) ayat-ayat yang diturunkan di Mekah yakni sebelum penghijrahan Nabi
Muhammad S.A.W. ke Madinah. Ayat ini dikenali sevbagai ayat-ayat makiyyah

b) ayat-ayat yang diturunkan di Madinah yakni selepas penghijrahan nabi
Muhammad SAW ke Madinah. Ayat-ayat dalam fasa ini dikenali sebagai ayatayat
Madaniyyah

Perbezaan diantara ayat-ayat Makiyyah dan Madaniyyah:

a) ayat-ayat makiyyah umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat madaniyyah
panjang-panjang

b) didalam suraj-surah madaniyyah yang terdapat perkataan “ya ayyuhal ladzina
aannanu” dan sedikit sekali terdapat perkataan “ya ayyuhannas” manakala di dalam surah-surah makiyyah adalah sebaliknya

c) setiap surah al-makiyyah mempunyai ayat sajadah yakni sujud dan terdapat
perkataan atau lafaz kalla

d) surah-surah makiyyah mengandungi kisah-kisah kenabian dan umat-umat terdahulu, kecuali surah Al-Baqarah

e) surah-surah al-makiyyah dimulai dengan huruf hejaiyyah kecuali surah Al-
Baqarah dan Ali-Imran.


h.         PENGUMPULAN, PENULISAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN

Proses ini dapat dibahagi keapad empat peringkat mengikut zaman dan masa iaitu:

a) zaman Rasulullah S.A.W.

b) zaman Abu Bakar

c) zaman Uthman Ibn Affan

d) zaman Umaiyyah dan sekarang

i.          KEISTIMEWAAN AL-QURAN

Segala isi kandungan Al-Quran bersesuaian dengan semua keadaan, tempat dan masa berbanding dengan kitab-kitab sebelumnya yang hanya sesuai untuk umat, tempat dan masa tertentu.

Ciri-ciri yang terdapat pada Al-Quran unik kerana Al-Quran mempunyai susunan dan gaya bahasa yang menarik, dapat mempengaruhi pambaca dan orang yang
mendengarnya, serta tidak merasa jemu walaupun dibaca berulang kali.

Keistimewaan Al-Quran itu sendiri adalah bagi memelihara kesucian dan keluhuran syariat Islam


j.          KANDUNGAN AL-QURAN

TAUHID

JANJI DAN ANCAMAN ALLAH S.W.T.

IBADAH

JALAN DAN CARA MENCAPAI KEBAHAGIAN

KISAH DAN SEJARAH UMAT TERDAHULU

No comments:

Post a Comment